Tentang Syarikat
Tahun
Perkhidmatan
Perkhidmatan
0
+
Saf One Trade And Services
Saf One Trade Services adalah 100% milik penuh bumiputera dan ditubuhkan pada Januari 2010. Kami memahami dan percaya perkhidmatan pengurusan kawalan serangga perosak perlu lebih professional dalam perkembangan teknologi Kami berkeyakinan dalam menawarkan perkhidmatan professional dan terbaik untuk memenuhi dan melangkaui harapan para pelanggan
Adalah menjadi dasar utaman kami untuk membangunkan Saf One Trade Services sebagai pilihan yang terbaik bagi Penyelesaian setempat berkenaan masalah serangan serangga perosak setiap masa.
Matlamat kami juga untuk para pelanggan yang memberi amanah bahawa dengan pengalaman dan kemampuan yang kami miliki, kami mampu memberikan kepuasan dalam penyelesaian masalah serangga perosak
Misi Syarikat
- Misi kami adalah bagi menjadi peneraju dalam bidang yang kami ceburi dan memberi perkhidmatan professional dan berkualiti dalam pengurusan kawalan serangga perosak seterusnya membantu memelihara alam sekitar, kesihatan dan juga harta benda pelanggan - pelanggan kami SAF ONE TRADE & SERVICES.
- Justeru itu, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan kaedah dan membangunkan teknologi disamping mempertingkatkan kakitangan kami dengan pengetahuan, kemahiran teknikal untuk memberikan nilai wang yang terbaik bagi para pelanggan.
Iltizam Kami
- Menyediakan perkhidmatan yang professional lagi berkualiti dan memenuhi kehendak para pelanggan Mengamalkan perkhidmatan berlandaskan dengan kejujuran, adil dan amanah dan sentiasa mengutamakan kepuasan para pelanggan
- Berusaha mengekalkan budaya perniagaan yang menarik, motivasi, berdaya tahan, memberi ganjaran, membina bakat dan memberi penghasilan yang penuh
- Berusaha sedaya upaya untuk cemerlang dalam perniagaan dengan cara tersendiri dalam memelihara kepercayaan dan keyakinan pada para pelanggan, kakitangan dan para pembekal